Pejam celik, pejam celik tanpa kita perasan tahun ini hampir sampai ke penghujunnya. sebelum mula menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah sudi melihat laman blog saya walaupun hampir setengah tahun saya tidak menulis ataupun menyentuh blog saya. Ini kerana bukannya saya mahu, tetapi kerana tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk menulis sesuatu yang dapat kait para pembaca ke alam persona.
Pernahkah and amendengar cerita mengenai anak umar Al-Khattab. mungkin anda pernah tetapi mungkin tidak. walaubagaimanapun, saya tetap ingin membawa anda menjelajah dunia zaman dahulu. Marilah bersamaku menyaksikan bagaimana seorang anak sanggup dihina kerana tidak ingin menyusahkan bapanya.
Padan zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, terdapat seorang anak lelaki yang merupakan anak khalifah pada zaman itu. Anak ini amat baik perilakunya, dan amat indah budi bahasanya. Anak ini juga tidak sanggup menyusahkan orang tuanya kerana mereka hidup dalam kesederhanaan walaupun ayahnya merupakan salah satu daripada khalifah terunggul pada masa itu. Anak ini juga sanggup tidak menyusahkan orang tuanya sampaikan maruahnya tercemar.
Jika kita semua pada hari ini memakai baju yang cantik dan memikat hati, lain pula bagi anak lelaki ini. Dia telah memakai baju raya yang sama bertahun lamanya sehinggakan betampal-tampal bajunya. Akibat bajunya yang buruk, ramai antara rakannya yang telah menghina dan mengejek anak ini. Ayahnya, Umar telah berasa hairan dan juga kasihan terhadap anaknya. Ini kerana anaknya tiidak pernah meminta untuk dibelikan baju baru sehingga bajunya menjadi begitu dan kasihan kerana melihat anaknya begitu.
Umar pun mencari ikhtiar untuk membeli baju yang baru untuk anaknya. Dia mendapat buah fikiran untuk meminjam duit di dalam Bitul-Mal. Dia berjumpa dengan penjaga Baitul-mal dan menyampaikan hasratnaya untuk meminjam sedikit wang daripada Baitul-mal dan akan menggantikannya pada minggu hadapan. tetapi ada sebuah ungkapan yang telah membatalkan niatnya itu dengan serta-merta yang disampaikan oleh penjaga Baitul-mal itu iaitu " Adakah tuan begitu yakin bahawa tuan masih hidup pada minggu hadapan unutk melangsaikan hutang tuan?"
Umar balik dengan hati yang sedih dan hampa kerana tidak dapat membeli baju untuk anaknya. Dia pergi menghadap anaknya dan bertanya " mengapa kamu tidak meminta ayah membelikan baju yang baru untuk kamu walaupun baju kamu bertampal dengan banyak." anaknya berkata " Aku tidak sanggup menyusahkan kamu wahai ayah...." ungkapan itu telah menyebabkan umar menangis teresak-esak dan memluk anaknya dengan erat kerana terharu denagn anaknya.
No comments:
Post a Comment