Thursday, 23 June 2011

Keharuman Abu Bakar (Bukan As-Sidiq)

  Assalamualaikum pembaca sekalian,
pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana telah lama saya tidak 'upate' blog saya.

  Baiklah, pada hari ini saya ingin mencerikan suatu  kisah tentang seorang sahabat yang hidup pada zaman dahulu. Sahabat ini bernama Abu Bakar. dia merupakan seorang yang alim. Dia juga mempunyai satu haruman yang sangat wangi sehingga ada pandapat mengatakan haruman tetap tidak hilang walaupun tidak mandi selama 3 tahun.
 
  Pada suatu hari, Abu Bakar sedang berjalan ke masjid. Sedang abu Bakar tengah berjalan, ada seseorang yang telah menghidu baunya yang sangat harum. Maka dia pun bertanya Abu Bakar 'wahai Abu Bakar, bagaimana kamu boleh mendapat wangian yang sunguh wangi?' Maka Abu Bakar pun berkata 'Pada suatu hari, sedang aku berjalan pulang dari masjid, ada seorang perempuan menjerit meminta pertolongan. Lalu aku pun pergi ke rumah perempuan tersebut. Apabila aku sampai ke rumahnya, dia meminta aku masuk ke dalam. Setelah aku masuk ke dalam rumahnya, dia telah meminta pembantunya mengunci pintunya. lalu dia pun telah mempelawa aku melakukan maksiat bersamanya. Tetapi aku tidak mahu. Lalu perempuan itu menjadi marah. Aku pun memikirkan satu cara untuk melepaskan diriku. aku pun meminta izin permpuan tesebut untuk ke tandas. perempuan itu benarkan tetapi dengan diikuti pembantunya. Apbila aq masuk ke tandas, aq menyapu seluruh tubuh badanku dengan najis. Apbila aku keluar dari tandas aku berhadapan kembali dengan perempuan tersebut. Tetapi perempuan itu berasa loya melihatku dan terus meyuruh aku pulang. apabila tiba di rumahku, aku terus menyucikan diriku. Dan sejak hari itu aku dikurniakan dengan bau haruman ini.'

  Apa yang dapt kita pelajari daripada kisah ini ialah, kita mestilah hindarkan diri kita daripada , melakukan maksiat sepertimana yang dilakukan oleh Abu bakar yang sanggup meyapukan najis ke seluruh badannya.

  Jadi, itulah tazkirah saya buat kali ini. Sekian Assalamualaikum. Insya Allah, moga kiat bersua sekali lagi pada kisah yang akan datang.

No comments:

Post a Comment