Sunday, 22 May 2011

Pandangan rasullullah

Solat.........
   Solat merupakan rukun Islam yang ke-2. Solat juga merupakan tiang agama. Perkara ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa solat sangat penting  bagi semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Tetapi ...... Umat Islam masih lagi lalai walaupun sudah tahu akan perkara ini. Mereka lebih utamakan perkara sunat dari yang wajib. Walhal, jika kita melakukan perkara sunat dan tidak melakukan perkara yang wajib, pahala sunat tersebut tidak akan dikira kerana kita tidak melakukan perkara yang wajib.

   Dengan itu... Saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan pembaca sekalian. Bunyi nya begini. Eh, maksud saya ... Mulanya begini. Ada seorang wanita yang hidup pada zaman nabi Muhammad S.A.W. Wanita tersebut mempunyai seorang anak yang pada masa itu sedang mengalami kesakitan yang agak teruk. Wanita tersebut bernazar sekiranya anaknya sembuh dia akan mandi air kencing seekor anjing hitam, dan meminum darahnya anjing tersebut. Dan dengan kuasa Allah, anak wanita tersebut telah sembuh. Jadi wanita tersebut mesti melaksanakan nazarnya. Sebagai seorang manusia yang cukup sifatnya, kita mesti tidak sanggup untuk melakukan apa yang telah dinazarkan oleh wanita tersebut. begitu juga dengan wanita tersebut. Jadi, wanita tersebut berjumpa dengan rasullullah untuk mendapatkan pandangan baginda .
 
   Wanita tersebut mengadu kepada rasullullah akan masalah yang dihadapinya. Rasullullah pun meyuruh wanita tersebut pergi ke sebuah rumah di atas bukit yang tuannya merupakan orang yang beragama Islam tetapi tidak pernah solat untuk menadah air huian yang jatuh daripada atp bumbung rumah tersebut lalu minum  dan mandi mengunakan air tersebut. Lalu wanita tersebut melakukan perkara yang disuruh oleh baginda

   Jadi pembaca sekalian, dari cerita tersebut, anda telah tahu apakah mesej yang hendak disampaikan oleh saya. Seorang yang tidak menunaikan ibadah solat diibaratkan oleh rasullullah sebagai seekor anjing hitam.

    Jadi, ambllah sebanyak-banyak iktibar daripada apa ynag telah saya katakan tadi semoga hidup kita akan diberkati Allah selalu. Sekian, Assalamualaikum.