Wednesday, 27 April 2011

Organ Penting

Apakah organ yang paling penting yang ada pada badan kita?

   Kita mungkin berfikir bahawa ia merupakan hati kita kerana jika hati kita bersih, maka segala perbuatan yang kita lakukan merupakan perkara yang baik. Kita mungkin berfikir bahawa ia merupakan otak kita kerana kita sebagai manusia mempunyai akal yang dapat membezakan kita daripada haiwan yang hanya tahu makan, minum dan 'melabur'. Kita juga mungkin berfikir bahawa ia merupakan kita punya jantung kerana tanpa organ tersebut kita tidak boleh hidup di dunia ini. Tetapi, bagi saya, ia merupakan lidah kita .

   Lidah kita merupakn nikmat Allah yang paling besar. Ia berupaya untuk membuatkan kita berkata-kata. Tanpa lidah, kita tidak dapat berkominukasi dengan rakan-rakan kita. Tanpa lidah, kita tidak dapat beribadat kepada Allah seperti berzikir, berdoa, membaca surah ketika solat dan sebagainya.

   Tetapi, manusia menyalahgunakan lidah mereka dengan tujuan untuk mengumpat, memfitnah, menghina, dan sebagainya. Tetapi, kebanyakan remaja zaman sekarang menggunakan lidah mereka untuk..........MENCARUT!!!!!!!!!!!!. Cuba kita lihat, dalam seminit, berapa kali kita mencarut. Sekali men carut berapa patah perkataan yang keji keluar. Contoh, sekali kitakan mencarut, kita pasti akan  mengeluarkan kata2 tersebut iaitu: B***h, P**t*t , Pu**, dan banyak lagi perkataan yang keji. Inikah yang dikatakan sebagai umat Nabi Muhammad sedangkan nabi pun tak pernah mencarut. Cuba kita fikirkan.......

   Jadi setakat itu sajalah setakat ini. Ambillah iktibar di atas apa yang telah saya tulis di atas. Sekian, Assalamualikum Warahmatullah Hiwabarakatu.


   

Thursday, 21 April 2011

Niat

Niat.

   Ramai di antara umat Islam zaman sekarang memandang perkara ini sebagai satu perkara yang mudah, yang simple, yang tidak penting. Walhal niat itu merupakan pendahulu segala amalan kita. Mari kita lihat perkara ini dari sudut yang lain. Jika kita berniat Untuk membuat perkara yang jahat, tetapi kita tidak melakukannya, ia tetap dikira sebagai satu dosa kerana kita telah berniat untuk melakukannya. Tetapi jika kita melakukan suatu perkara yang baik dan kita tidak berniat untuk melakukannya, kita tidak mendapat apa-apa, kerana kita tidak berniat untuk kelakukan perkara tersebut. Niat juga merupakan satu bonus bagi kita kerana jika kita berniat untuk melakukan perkara yang baik, tetapi kita tidak melakukannya, kita tetap mendapat pahala kerana kita berniat untuk melakukan perkara tersebut.
  
   Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang niat. Jika anda mahu mendengar kisah tersebut, beginilah mulanya. Dalam kisah ini, terdapat dua orang sahabat. seorang daripada mereka merupakan orang yang alim. Yang selalu melakukan amal ibadah tidak kira pada waktu siang dan malam. Yang seorang lagi merupakan orang yang lupa diri, yang selalu ingat akan dunia (wahan), orang yang selalu 'enjoy'. Mereka berdua ini tinggal di dalam rumah yang sama . Yang alim di tingkat bawah, dan yang wahan di tingkat atas. Pada suatu hari, sahabat yang alim ini pergi ke bilik rakannya di tingkat atas untuk menasihati rakannya. dia pun berkata kepada rakannya "Wahai sahabatku, aku selalu nampak kamu terlampau bersuka-ria di bumi ini. kamu tahu tak bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Berubahlah rakan." Lalu rakannya menjawab "Lek lah brader, kita hidup kat dunia ni lama lagi. Kan kita ni muda lagi. Lek lu." Sahabat yang alim ini menjawab "terserah kepada kamu lah rakan . Fikir masak-masak atas apa yang telah ku cakapkan tadi." Lalu sahabat yang alim ini beredar meninggalkan sahabatnya yang wahan tersebut.

   Apabila sahabat yang wahan tersebut memikirkan semula apa yang telah dikatakan oleh sahabatnya yang alim, dia pun terasa, betul juga apa yang sahabatnya (yang alim)  telah katakan tadi bahawasanya  maut boleh datang bila-bila masa sahaja. jadi dia pun berniat untuk menjadi seperti rakannya yang alim tadi. jadi dia pun ingin bertemu dengan sahabatnya. Sahabat yang alim  ini pula mem betulkan apa yang telah sahabatnya (yang wahan) telah katakan tadi. Dia pun terfikir, betul juga, hidup aku masih muda, buat apa aku banyak beribadah sekarang. Dia pun berniat untuk 'join' rakannya di atas.

   Semasa Kedua-dua sahabat ini di tangga, mereka terjatuh lalu meninggal dunia. Anda mungkin fikir bahawa sahabat yang alim ini akan ke syurga dan yang wahan akan ke neraka. Tetapi ianya sebaliknya kerana sebelum kedua-dua sahabat ini meninggal,  sahabat yang alim ini berniat untuk menjadi jahat, tetapi sahabat yang wahan ini berniat untuk menjadi alim. Dan kerana itulah Sahabat yang alim ini masuk ke dalam neraka, dan sahabat yang wahan ini masuk ke dalam syurga. Hanya kerana niat.

   Jadi anda sendiri dapat lihat kisahnya. Betapa pentingnya niat. Jadi setakat itu sajalah. Harap pemabaca sekalian dapat mengambil sebanyak-banyak iktibar dari kisah ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang membaca blog saya ini. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu.