Friday, 2 December 2011

INILAH KEHIDUPAN.........

   Kehidupan kita bukan selalunya seperti yang dijangkakan. Ada kalanya kite hendak bermain bola pada hari itu , tetapi reservation kita dibatalkan oleh tuhan kerana turunnya hujan yang lebat. Mulai saat itu kita berasa muram dan tidak puas hati. Tetapi kita harus ingat, disebalik "musibah" itu ada hikmahnya. mungkin Allah sengaja menurunkan hujan kerna hendak menguji kesabraban kita ataupun mungkin Allah mahu membalas kesalahan yang kita telah lakukan pada hari itu. Mungkin kerana kesabaran kita, apabila ibu bapa kita balik , mereka menghadihkan kita dengan sebuah hadiah secara tiba-tiba. Inilah yang dikatakan dengan balasan Allah kepada hambanya. Namun, ada juga hambanya yang lupa diri dan tidak kuat imannya dan beranggap bahawa Allah itu tidak adil.

   Ada kalanya kita diciptakan dengan tubuh badan yang kecil. Selau dibuli dan diperli. Disebabkan tubuh yang kecil kita tidak boleh naik rolercoster kerana terlalu rendah untuknya. Kerana tubuh kita yang keci itu juga kita tidak boleh naik go kart kerana kaki kita tidak sampai untuk memijak pedalnya. Tetapi, setip ciptaan Allah ada kelebihannya. Walaupun kecil dan tidak boleh melakukan perkara di atas akan tetapi, mungkin kita ini pandai berdebat. ataupun boleh bermain bola dan berlari dengan laju. Tetapi, sesetengah hamba Allah akan berkata bahawa mereka ini tidak guna. Sesungguhnya mereka inilah yang lupa akan jasa Allah kerana mereka tidak memandang kelebihan yang dikurniakan oleh Allah.

   Dan ingatlah pembaca sekalia, janganlah sesekali anda lupakan pencipta kita kerana sesungguhnya orang itu adalah orang yang angkuh dan lemah imannya. Dan ingatlah, kekurangan atau kelebihan yang ada pada kita lauilah kehidupan kita kita dengan baik supaya mudah untuk beribadat pada yang maha kuasa kerana inilah kehidupan.

No comments:

Post a Comment