Kita mungkin berfikir bahawa ia merupakan hati kita kerana jika hati kita bersih, maka segala perbuatan yang kita lakukan merupakan perkara yang baik. Kita mungkin berfikir bahawa ia merupakan otak kita kerana kita sebagai manusia mempunyai akal yang dapat membezakan kita daripada haiwan yang hanya tahu makan, minum dan 'melabur'. Kita juga mungkin berfikir bahawa ia merupakan kita punya jantung kerana tanpa organ tersebut kita tidak boleh hidup di dunia ini. Tetapi, bagi saya, ia merupakan lidah kita .
Lidah kita merupakn nikmat Allah yang paling besar. Ia berupaya untuk membuatkan kita berkata-kata. Tanpa lidah, kita tidak dapat berkominukasi dengan rakan-rakan kita. Tanpa lidah, kita tidak dapat beribadat kepada Allah seperti berzikir, berdoa, membaca surah ketika solat dan sebagainya.
Tetapi, manusia menyalahgunakan lidah mereka dengan tujuan untuk mengumpat, memfitnah, menghina, dan sebagainya. Tetapi, kebanyakan remaja zaman sekarang menggunakan lidah mereka untuk..........MENCARUT!!!!!!!!!!!!. Cuba kita lihat, dalam seminit, berapa kali kita mencarut. Sekali men carut berapa patah perkataan yang keji keluar. Contoh, sekali kitakan mencarut, kita pasti akan mengeluarkan kata2 tersebut iaitu: B***h, P**t*t , Pu**, dan banyak lagi perkataan yang keji. Inikah yang dikatakan sebagai umat Nabi Muhammad sedangkan nabi pun tak pernah mencarut. Cuba kita fikirkan.......
Jadi setakat itu sajalah setakat ini. Ambillah iktibar di atas apa yang telah saya tulis di atas. Sekian, Assalamualikum Warahmatullah Hiwabarakatu.
No comments:
Post a Comment