Thursday, 21 April 2011

Niat

Niat.

   Ramai di antara umat Islam zaman sekarang memandang perkara ini sebagai satu perkara yang mudah, yang simple, yang tidak penting. Walhal niat itu merupakan pendahulu segala amalan kita. Mari kita lihat perkara ini dari sudut yang lain. Jika kita berniat Untuk membuat perkara yang jahat, tetapi kita tidak melakukannya, ia tetap dikira sebagai satu dosa kerana kita telah berniat untuk melakukannya. Tetapi jika kita melakukan suatu perkara yang baik dan kita tidak berniat untuk melakukannya, kita tidak mendapat apa-apa, kerana kita tidak berniat untuk kelakukan perkara tersebut. Niat juga merupakan satu bonus bagi kita kerana jika kita berniat untuk melakukan perkara yang baik, tetapi kita tidak melakukannya, kita tetap mendapat pahala kerana kita berniat untuk melakukan perkara tersebut.
  
   Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang niat. Jika anda mahu mendengar kisah tersebut, beginilah mulanya. Dalam kisah ini, terdapat dua orang sahabat. seorang daripada mereka merupakan orang yang alim. Yang selalu melakukan amal ibadah tidak kira pada waktu siang dan malam. Yang seorang lagi merupakan orang yang lupa diri, yang selalu ingat akan dunia (wahan), orang yang selalu 'enjoy'. Mereka berdua ini tinggal di dalam rumah yang sama . Yang alim di tingkat bawah, dan yang wahan di tingkat atas. Pada suatu hari, sahabat yang alim ini pergi ke bilik rakannya di tingkat atas untuk menasihati rakannya. dia pun berkata kepada rakannya "Wahai sahabatku, aku selalu nampak kamu terlampau bersuka-ria di bumi ini. kamu tahu tak bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Berubahlah rakan." Lalu rakannya menjawab "Lek lah brader, kita hidup kat dunia ni lama lagi. Kan kita ni muda lagi. Lek lu." Sahabat yang alim ini menjawab "terserah kepada kamu lah rakan . Fikir masak-masak atas apa yang telah ku cakapkan tadi." Lalu sahabat yang alim ini beredar meninggalkan sahabatnya yang wahan tersebut.

   Apabila sahabat yang wahan tersebut memikirkan semula apa yang telah dikatakan oleh sahabatnya yang alim, dia pun terasa, betul juga apa yang sahabatnya (yang alim)  telah katakan tadi bahawasanya  maut boleh datang bila-bila masa sahaja. jadi dia pun berniat untuk menjadi seperti rakannya yang alim tadi. jadi dia pun ingin bertemu dengan sahabatnya. Sahabat yang alim  ini pula mem betulkan apa yang telah sahabatnya (yang wahan) telah katakan tadi. Dia pun terfikir, betul juga, hidup aku masih muda, buat apa aku banyak beribadah sekarang. Dia pun berniat untuk 'join' rakannya di atas.

   Semasa Kedua-dua sahabat ini di tangga, mereka terjatuh lalu meninggal dunia. Anda mungkin fikir bahawa sahabat yang alim ini akan ke syurga dan yang wahan akan ke neraka. Tetapi ianya sebaliknya kerana sebelum kedua-dua sahabat ini meninggal,  sahabat yang alim ini berniat untuk menjadi jahat, tetapi sahabat yang wahan ini berniat untuk menjadi alim. Dan kerana itulah Sahabat yang alim ini masuk ke dalam neraka, dan sahabat yang wahan ini masuk ke dalam syurga. Hanya kerana niat.

   Jadi anda sendiri dapat lihat kisahnya. Betapa pentingnya niat. Jadi setakat itu sajalah. Harap pemabaca sekalian dapat mengambil sebanyak-banyak iktibar dari kisah ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang membaca blog saya ini. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu.

No comments:

Post a Comment